1) Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ialah peneraju utama ke arah
melaksana dan menjayakan Program Pembangunan Francais di Malaysia setelah
tanggungjawab pembangunan francais di Malaysia dipindahkan daripada Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada tahun 2009. Tanggungjawab perniagaan
francais ini diletakkan di Bahagian Pembangunan Francais, Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Berikut ialah
peranan yang dimainkan oleh Bahagian Pembangunan Francais, KPDNKK dalam
memajukan perniagaan francais di Malaysia.
a)
Membangunkan
perniagaan francais
Bahagian Pembangunan Francais, KPDNKK
akan mengenal pasti perniagaan tempatan sedia ada mahupun perniagaan baharu
yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai perniagaan francais. Usaha ini akan
membolehkan perniagaan dibangunkan sebagai perniagaan francais walaupun pemilik
atau usahawan tidak bersedia untuk memfrancaiskan perniagaan mereka pada awalnya.
b)
Mengurus pendaftaran perniagaan francais
Bahagian Pembangunan
Francais, KPDNKK berperanan dalam mengurus pendaftaran bagi perniagaan yang
ingin berpandu kepada sistem francais. Pendaftar Francais atau Registrar of
Franchise (ROF) ialah pihak berkuasa bagi proses pendaftaran perniagaan
francais di Malaysia.
c)
Program
latihan
Mengadakan siri latihan dan bimbingan dengan kerjasama
Persatuan Francais Malaysia, institusi pendidikan tinggi seperti UUM
(Universiti Utara Malaysia) dan UiTM (Universiti Teknologi Mara) serta agensi
kerajaan yang terlibat.
d)
Program
promosi
Menganjurkan seminar dan ekspo francais pada peringkat
negeri di seluruh negara bagi mempromosi perniagaan francais. Pada peringkat
nasional pula, pihak kementerian dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia
dan agensi lain yang berkaitan, menganjurkan Franchise International Malaysia
(FIM).
e)
Kemudahan
pembiayaan
Kementerian telah menyediakan banyak skim kemudahan
kewangan kepada usahawan-usahawan yang terlibat dalam perniagaan francais sama
ada sebagai francaisi atau sebagai francaisor.
f)
Merangka dan melaksanakan strategi pembangunan industri
francais
Strategi-strategi berkenaan merangkumi
aspek-aspek penting pelaksanaan Program Pembangunan Francais.
2. Perbadanan Nasional
Berhad (PNS)
PNS telah diberi mandat
sebagai agensi utama untuk mengatur perancangan pembangunan dan pelaksanaan
bagi memperkasa industri francais negara secara lebih komprehensif. PNS telah
memperkenalkan beberapa strategi utama dalam pembangunan francais, iaitu program
pakej khas, latihan, promosi, pembiayaan, pembangunan produk, jaringan
strategik serta pembangunan dan penyelidikan.
3. Persatuan Francais Malaysia (MFA)
Malaysian Franchise
Association atau ringkasnya MFA telah ditubuhkan pada tahun 1994 untuk membantu
usaha kerajaan dalam menggalak dan menambahkan bilangan usahawan yang
terlibat dalam bidang francais. MFA bertindak sebagai pusat sumber maklumat
kepada francaisor, francaisi, pihak media dan seterusnya orang ramai. MFA
meletakkan para francaisor, bakal francaisor, master francaisi, bakal master
francaisi, beberapa agensi kerajaan dan pihak berkuasa, bank, firma
perakaunan, firma guaman, jururunding francais, pembekal dan vendor di bawah
satu bumbung. MFA juga bertindak sebagai forum untuk ahli-ahli bertukar-tukar
maklumat dan berkongsi pengalaman melalui pelaksanaan pelbagai program dan
aktivitinya.
4. Perbadanan Usahawan
Nasional Berhad (PUNB)
PUNB ditubuhkan pada 17
Julai 1991 di bawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan milik penuh Yayasan
Pelaburan Bumiputera, iaitu badan penyelaras bagi aktiviti pelaburan untuk
agensi kerajaan, syarikat dan individu bumiputera. Operasi perniagaan PUNB
tertumpu kepada penawaran pakej pembangunan keusahawanan bersepadu untuk
membantu usahawan bumiputera dalam bidang Peruncitan dan Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS).
5. Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI)
Ministry of International
Trade and Industry atau
MITI telah bekerjasama dengan KPDNKK serta Persatuan Francais Malaysia untuk
mempromosi home-grown francaisor Malaysia ke pasaran luar negara
melalui misi perdagangan antarabangsa.
|
No comments:
Post a Comment