Tuesday, 24 November 2015

Sejarah Pembangunan Industri Francais Peringkat Global dan Malaysia

McCormick Harvesting Machine Company dan Singer Sewing Machine Company telah memulakan sistem francais di dalam pengedaran barangan mesin jahit keluaran syarikat mereka di sekitar tahun 1850-an. Singer Sewing Machine Company telah mula memberi lesen hak pengedaran produk Singer kepada syarikat-syarikat individu sebagai ejen pengedaran mesin keluaran Singer di kawasan pasaran yang eksklusif. Beliau turut memperkenalkan cara pengedaran yang baharu iaitu pengedar-pengedar yang dilantik mempunyai hak penjualan yang eksklusif di kawasan pemasaran mereka tanpa diganggu oleh pengedar-pengedar lain dan mereka dikehendaki membayar royalti atau yuran untuk memperoleh hak tersebut.
Ini diikuti oleh General Motors bagi industri automotif di Amerika Syarikat yang menjalankan pemasaran kereta menerusi pelantikan pengedar francais pada tahun 1898. Perkara ini diikuti oleh Rexall pada tahun 1902 dengan memperkenalkan rangkaian kedai ubat dan Howard Johnson pada tahun 1926 dengan rangkaian restoran. Kemudiannya, seorang usahawan terkemuka dari Atlanta Amerika Syarikat, John S. Pemberton telah menemui ramuan ubat lalu memperkenalkannya. Beliau kemudian mengubahnya menjadi minuman ringandan membekalkannya dalam bentuk sirap kepada syarikat-syarikat pembotolan tempatan Amerika Syarikat. Usaha ini berjaya mewujudkan satu rangkaian francais minuman yang terbesar berjenama Coca-Cola. Kejayaan ini telah menjadi pemangkin kepada kewujudan syarikat lain seperti Pepsi-Cola dan Seven-Up.
Senario ini diteruskan dengan penemuan yang dianggap klasik, McDonalds oleh Ray Kroc pada tahun 1955, memulakan sejarah moden sistem perniagaan francais. Berdasarkan kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, 96 peratus daripada rakyat Amerika telah mengunjungi Restoran McDonalds sekurang-kurangnya sekali dan sekurang-kurangnya 8% daripada mereka sedang atau telah menikmati hidangan McDonalds untuk hari ini.
Lebih separuh daripada penduduk Amerika tinggal di sekitar 5 kilometer daripada Restoran McDonalds, dan sejak 40 tahun kebelakangan ini McDonalds telah mengambil 16 juta orang pekerja di mana akhir-akhir ini syarikat berkenaan telah mengatasi U.S Army di dalam melatih jumlah belia yang terbesar iaitu hampir 700,000 belia setiap tahun. Meskipun, perniagaan francais seringkali dikaitkan rangkaian makanan segera, namun realiti hari ini, dari segi nilai jualan, hampir dua-pertiga daripada jualan francais sebenarnya disumbangkan oleh industri bukan berasaskan makanan segera.
Umumnya, perniagaan francais di Malaysia telah bermula kira-kira 70 tahun yang lalu menerusi syarikat-syarikat seperti Singer, Bata, stesen-stesen minyak, pengedar-pengedar automobil dan perhotelan. Kaedah pemasaran produk melalui sistem francais berbentuk format perniagaan diperkenalkan pada tahun 1963 apabila A&W membuka outlet pertamanya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Ini diikuti dengan kemasukan restoran makanan segera seperti KFC dan McDonald’s yang mula beroperasi di Malaysia pada tahun 70-an dan awal 80-an.
               Restoran yang beralamat di Lot 120-120A Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur merupakan restoran makanan McDonalds yang pertama dibuka di Malaysia yang telah diuruskan oleh Golden Arches Restaurant Sdn. Bhd. Pada hari tersebut, McDonalds di Bukit Bintang ini telah memberikan burger Big Mac percuma bagi pelanggan yang pertama membeli Big Mac pada setiap minggu selama setahun. Selain Big Mac, McDonalds juga menjual French Fries, Fillet-O-Fish, Milkshake, Apple Pie dan lain-lain.
Namun industri perniagaan francais hanya mendapat perhatian serius pihak kerajaan dan masyarakat Malaysia pada awal tahun 1990-an. Kini di Malaysia, kerajaan telah mengenal pasti perniagaan francais sebagai salah satu strategi yang memberi manfaat kepada perkembangan ekonomi negara. Sistem perniagaan francais juga dianggap sebagai salah satu mekanisme yang paling cepat dan berkesan dalam membangunkan usahawan-usahawan tempatan. Sejajar dengan itu, tidak hairanlah perniagaan ini semakin berkembang di Malaysia.

Senario ini berterusan dengan pertumbuhan lebih banyak produk dan perkhidmatan yang menggunakan pendekatan sistem francais, termasuk sektor berkaitan automotif (jualan kereta, pusat servis, perkhidmatan tayar, jualan alat ganti dan aksesori), kedai buku, fesyen dan pakaian, kedai runcit, salun dan kosmetik, agensi pelancongan dan penyewaan kereta, barangan kemas, percetakan, kedai gambar, optometri, farmasi, perkhidmatan kebersihan dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment