Pada masa sekarang dan
akan datang industri francais dilihat semakin berkembang sejajar dengan
peredaran masa. Di Malaysia sekarang ini sudah banyak syarikat-syarikat
francais berkembang seperti cendawan selepas hujan. Di mana-mana sahaja kita
boleh jumpa perniagaan francais seperti 7-Eleven, KFC dan McDonald. Dengan
adanya sokongan dan bantuan daripada kerajaan dapat menjayakan industri
francais ini.
Konsep
home-grown francaisor di Malaysia merupakan salah satu usaha terancang
yang diterajui oleh kerajaan dengan kerjasama pelbagai pihak yang dapat
membantu usahawan-usahawan tempatan memfrancaiskan perniagaan mereka. Usaha ini
ialah sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional dalam program
MPPB iaitu meramaikan penglibatan kaum bumiputera dalam bidang perdagangan dan
perindustrian.
Usaha
ini dapat melahirkan ramai francaisor tempatan yang berdaya maju, mampu
berkembang dan bersaing bukan sahaja dalam pasaran tempatan malah mampu
menerokai pasaran global. Kejayaan home-grown francais seperti
Marrybrown, Chicken King, Kyros Kebab, 1901, Nelson’s, Ayamas, Secret Recipe
Cake & Cafe, Habib Jewels, Popular Bookstore dan Mydin menunjukkan
keberkesanan program ini pada masa hadapan . Cap dagangan perniagaan francais
ini kelihatan terdapat di kebanyakan bandar di seluruh Malaysia dan ada
antaranya telah memasuki ke pasaran antarabangsa.
Dengan
adanya Akta Francais 1998 yang mula berkuat kuasa pada 8 Oktober 1999, industri
francais dapat dilaksanakan dengan tegas dan berkesan. Akta ini digubal dengan
tujuan membolehkan kerajaan mengawal selia pelaksanaan perniagaan berkonsepkan
francais di Malaysia, mewujudkan sistem pendaftaran perniagaan francais yang
teratur, mengumpul maklumat mengenai syarikat-syarikat yang menjalankan
perniagaan francais dan membendung amalan tidak sihat dalam perniagaan
francais. Akta ini juga memberi jaminan atau perlindungan kepada kedua-dua
pihak iaitu francaisor dan francaisi supaya
menjalankan perniagaan francais dengan berkesan agar dapat terus
berkembang tanpa menimbulkan sebarang masalah pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment