Tuesday, 24 November 2015

Kepentingan Industri Francais

Perkembangan perniagaan francais memberi pelbagai manfaat kepada sesebuah negara, terutamanya dari segi ekonomi. Berikut adalah antara sumbangan perniagaan francais kepada ekonomi sesebuah negara:
Ø  Merangsang pertubuhan ekonomi menerusi peningkatan aktiviti keusahawanan;
Ø  Membantu dalam pemindahan kepakaran, teknologi dan idea-idea baharu dalam pembangunan ekonomi;
Ø  Menggalakkan perdagangan antarabangsa menerusi pakej pelantikan francaisi induk oleh francaisor tempatan, sekali gus menyumbang ke arah pemantapan pertukaran mata wang negara;
Ø  Menyediakan peluang perniagaan kerana perniagaan kecil milik francaisi sangat mudah dan cepat menyumbang kepada pengambilan tenaga kerja.

Sistem francais boleh menjadi satu aplikasi dalam projek penswastaan dengan melibatkan lebih ramai usahawan mengendalikan projek atau perniagaan berdasarkan sistem yang sama. Projek Rangkaian Hotel Seri Malaysia ialah satu contoh yang berjaya dalam kategori ini. Selain itu, sistem perniagaan francais juga memberi kebaikan kepada pengguna dan juga pertumbuhan ekonomi negara. Melalui sistem francais, pengguna dapat menikmati kemudahan produk atau servis yang ditawarkan melalui rangkaian perniagaan yang besar dengan persekitaran yang konduktif. Di samping itu juga, pengguna akan memperoleh perkhidmatan dan kemudahan perniagaan yang moden mengikut peredaran masa.

Jika dilihat dari sudut ekonomi, situasi ini akan membantu merangsang lagi pertumbuhan perniagaan dengan mewujudkan usahawan-usahawan tempatan yang akan menawarkan produk yang berjenama. Melalui sistem francais juga satu transformasi kepakaran, teknologi dan idea-idea baharu akan diperoleh oleh usahawan yang akan membantu pertumbuhan ekonomi setempat. Selain itu, senario ini akan menggalakkan perdagangan antarabangsa sekali gus menyumbang kepada pertukaran mata wang negara di samping membuka peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

No comments:

Post a Comment