Tuesday, 24 November 2015

PENDAHULUAN

Francais adalah satu sistem perniagaan yang dikatakan bermula di Eropah dan dikembangkan dengan pesatnya di Amerika Syarikat. Perkataan francais berasal daripada perkataan Perancis iaitu “franco” yang bermaksud bebas daripada penghambaan atau pengabdian, iaitu seseorang itu diberi hak dan kebebasan untuk melaksanakan sesuatu. Takrif francais pula dapat diertikan sebagai satu kaedah pemasaran produk atau perkhidmatan, iaitu sebuah syarikat induk yang dikenali sebagai francaisor memberi hak kepada syarikat kecil lain atau individu iaitu francaisi untuk memasarkan produk atau perkhidmatan dengan menggunakan nama produk atau logonya, berlandaskan satu kaedah tertentu, mengikut satu standard yang ditetapkan di lokasi atau kawasan yang ditetapkan dalam jangka masa yang ditentukan.

Robert T. Justis dan Richard J. Judd dalam buku ‘Franchising’ edisi ketiga telah mendefinisikan francais sebagai ‘merupakan satu peluang perniagaan iaitu pemilik (pengeluar atau pengedar) sesuatu perkhidmatan atau produk berjenama memberi hak mutlak pengedaran kepada pengedar tempatan untuk memasarkan produk atau perkhidmatan sebagai balasan bagi pembayaran royalti atau yuran dan kesanggupan mengikuti prosedur operasi yang seragam seperti yang ditetapkan oleh syarikat’.

Pada ketika itu, seseorang francaisi adalah merupakan orang penting yang diberi hak dan kebebasan bagi sesuatu wilayah tertentu untuk memastikan pelaksanaan arahan dan peraturan, termasuk membuat penilaian dan memungut cukai. Konsep dan pendekatan ini akhirnya diterima-pakai di dalam sektor swasta dan komersial.

No comments:

Post a Comment