Perniagaan francais merupakan suatu kaedah yang membantu seseorang untuk menjadi usahawan dan menjana pembangunan ekonomi Malaysia. Sistem francais dapat meningkatkan pendapatan francaisor (pemegang hak) dan francaisi (penerima hak) dengan mekanisme bayaran yang telah ditetapkan. Ekonomi sesebuah negara pula mengalami peningkatan serta peluang pekerjaan kepada rakyat oleh francaisi dan francaisor. Bagi menjamin kesejahteraan operasi perniagaan francais, kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang proaktif seperti mewujudkan agensi-agensi pemantau dan pelaksana serta polisi-polisi yang selaras dengan pembangunan industri francais yang mampan.
Sejarah dari perniagaan terdahulu telah menunjukan kejayaan-kejayaan yang telah diraih hasil daripada industri francais. Nama-nama besar seperti KFC dan Mcdonald telah membuktikan bahawa industri ini boleh mendatangkan hasil yang amat baik. Pembangunan industri francais di Malaysia juga semakin berkembang dengan dorongan dan sokongan daripada pihak kerajaan dan badan – badan yang telah diwujudkan bagi membantu industri francais ini.
Walaupun pelbagai cabaran dan halangan yang terpaksa dilalui oleh francaisor mahupun francaisi tetapi dapat diselesaikan berpandukan kepada Akta Francais 1998 yang sentiasa dikemaskini mengikut peredaran zaman. Oleh itu masa hadapan industri francais ini dilihat semakin cerah dengan penambahan usahawan-usahawan baru saban tahun.

No comments:
Post a Comment